music_note

Featured

Anak Peniaga Burger dapat RM1,000 dan penginapan di Hotel Zamburger

today13/06/2021 1034 2

Background
share close

Bagaikan bulan jatuh ke riba dan rezeki tergolek. Itulah ungkapan buat anak usahawan peniaga Zamburger yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Wang tunai RM1,000 dan penginapan di mana-mana cawangan Hotel Zamburger termasuk cawangan di Bali pada kadar hanya RM10 satu malam, itulah buah tangan istimewa daripada Zamsaham buat usahawan Zamburger. Menerusi hantaran di facebook Zamsaham, hadiah tersebut telah di berikan kepada dua penerima yang telah dikenalpasti. Menurut Norizam Tukiman atau Bos Zam “Saya ucapkan Tahniah Kepada En Muhammad Fadlan atau lebih dikenali sebagai Burger Lanun Batu Pahat kerana anak keduanya dapat SPM 8A. Sebelum ini kakaknya dapat 7A! Dan seorang lagi Usahawan Zamburger Iaitu saudara Khairul dari Felda Kota Tinggi yg dapat 8A.”

“Saya tahu bukan senang nak dapat 8A, hanya kesungguhan sahaja melayakkan dapat 6A atau 8A. Walaupun keputusan Akademik bukan jawapan total kejayaan carrier seseorang, tapi kelulusan tetap juga penting. Lagi2 ini membuktikan latar belakang keluarga bukan alasan berjaya atau tak seseorang.”

“Sebagai penghargaan saya dah kreditkan RM1000 tunai beserta penginapan di mana-mana hotel Zamburger di Malaysia mahupun Bali, Indonesia pada kadar RM10 semalam hingga July 2022.” tambah En. Zam. Beliau turut mendoakan kejayaan anak-anak peniaga usahawan Zamburger ini dengan berkata “Saya doakan mereka dapat belajar dan memahami apa yg di pelajari di Universiti dan membantu orang lain bila dah success nanti.”

Norizam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam memastikan kejayaan anak-anak ini. “Terima kasih Ibu, Ayah dan Cikgu yg mengajar mereka hingga dapat 8A atau 6A adalah hasil usaha dan doa semua.”

sumber: fb ZamSaham

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Covid-19 (8 Jun): 5,566 kes baharu

Seminggu selepas perlaksanaan Total Lockdown, Malaysia masih mencatatkan bilangan kes harian 4 digit. Pada hari ini (8 Jun), Malaysia mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 5,566 kes, meningkat sedikit berbanding 5,271 kes berbanding Isnin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,524 kes adalah dari Selangor, diikuti Sarawak (707) dan Negeri Sembilan (505). Berikut ialah pecahan kes pada hari ini mengikut negeri (Kumulatif):Selangor - 1,524 […]

today08/06/2021 98

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%