music_note

Sukan

Arsenal Masih Ada Peluang Bangkit

today10/05/2021 193

Background
share close

Berita gembira buat penyokong Arsenal. Selepas tewas dan menunjukkan prestasi yang agak merundum, kebangkitan kembali pasukan idola merah ini pastinya sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Walaupun dikatakan sudah hanyut, namun kemenangan terbaharu Arsenal nyata menghidupkan semula peluang untuk terus beraksi dalam kelayakan Eropah.

Kemenangan menang 3-1 ke atas West Bromwich Albion ternyata membawa sinar buat Arsenal sekaligus meranapkan harapan lawan iaitu West Bromwich yang kini jatuh ke zon penyingkiran buat kali kelima musim ini. Tuan rumah The Gunners mencatat pendahuluan menerusi gol Smith Rowe pada minit ke-24.

Ini diikuti dengan satu lagi gol pada minit ke-90. Pelawat kemudian berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-67 menerusi Costa Pereira namun, Arsenal berjaya menyumbat satu gol di minit-minit akhir menerusi jaringan Willian. Keputusan berakhir dengan Arsenal 3 West Bromwich 1. Kemenangan ini sekaligus melegakan Arsenal kerana masih ada peluang tipis untuk beraksi dalam persaingan Eropah musim depan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Hiburan

Langgar SOP: Awie sudah bayar denda

Penyanyi popular, Awie tular dikatakan melanggar S.O.P. Bahkan, dalam perkembangan terbaharu, Awie dikhabarkan sudah membayar denda tersebut. Awie dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini. Awie dipetik sebagai berkata "Saya akan ke Melaka esok (Isnin) untuk beri keterangan di IPK Melaka, insya-Allah,". Perkara itu turut disahkan oleh pengurus Awie iaitu Mubarak Akhtar. Menurut laporan portal The Star pada Ahad lalu, Mubarak berkata "Kami melakukan kesalahan dan melanggar […]

today10/05/2021 376

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%