music_note

Info Semasa

Bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor pulih hari ini

today08/09/2020 380

Background
share close

Isu bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada hari ini. Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang yang bermula 3 Sept lalu terjadi apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, sebanyak 65 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan bekalan di Wilayah Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur setakat 12.30 tengah hari tadi. Tambah beliau, “Terdapat satu kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalam kawasan kumpulan satu yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam 7 Sept. Sementara 13 kawasan yang berada dalam kumpulan dua juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam tadi”.

Elina turut berkata Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan bekalan di kawasan-kawasan terlibat. Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Hiburan

Zamburger Radio mula ke udara bermula 1 September

Saluran digital atas talian terbaharu negara iaitu Zamburger Radio kini telah memulakan siaran pada tanggal 1 September 2020. Dimiliki oleh usahawan dan pakar saham terkenal, Norizam Tukiman, stesen Zamburger Radio bakal merancakkan lagi industri muzik dan penyiaran negara. Walaupun hanya bersiaran secara atas talian buat masa ini, ia tetap mengekalkan standard dan etika penyiaran dengan memasukkan elemen informasi di dalam siaran sepanjang hari. Antara pengisian yang mewarnai jam siaran sepanjang […]

today02/09/2020 772

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%