music_note

Blog one column

Background

Bisnes

Alibaba disiasat, Jack Ma menghilang seketika

Jutawan terkenal dari China, yang juga pengasas syarikat gergasi e-dagang Alibaba, Jack Ma dilaporkan meletak jawatan sebagai presiden sekolah perniagaan elit yang dibangunkannya. Laporan Financial Times (FT) menyebut, tindakan terhadap jutawan itu susulan operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu. Baru-baru ini, Jack Ma dilaporkan menghilangkan diri dari pandangan masyarakat sejak syarikat Alibaba disiasat dan didenda oleh pengawal selia kerana didakwa mengamalkan monopoli.

today25/05/2021 243

Highlights

LRT bertembung, Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas

Susulan insiden LRT berhampiran stesen KLCC malam tadi, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya itu. Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu. Tambah beliau "Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan […]

today25/05/2021 320

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka […]

today25/05/2021 162 1

Highlights

Maksimum 2 jam sahaja dibenarkan di pusat beli-belah bermula 25 Mei 2021

Bermula 25 Mei 2021 (Selasa), pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dihadkan tempoh masa selama maksimum dua jam sahaja berada di dalam premis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu dibuat selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sektor perdagangan pengedaran yang diperketatkan, berkuat kuasa Selasa ini. Menurut beliau, semua premis peruncitan […]

today23/05/2021 154

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 […]

today23/05/2021 119

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): KKM kesan 24 kluster baharu

Menjelang PKP 3.0, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan: Kluster Jarum LautMelibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.Kluster Taman MajupaduMelibatkan daerah Tangkak, Johor.Kluster Parit Dato OnnMelibatkan daerah Pontian, Johor.Kluster Jalan Kempas […]

today23/05/2021 184

Highlights

PM saran rakyat amalkan lockdown kendiri

Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau 'self-lockdown' untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19. Kebelakangan ini, jangkitan Covid-19 menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.Perdana Menteri juga menasihati orang ramai supaya mengingatkan yang lain untuk berbuat perkara yang sama kerana apapun usaha yang dibuat kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur […]

today23/05/2021 74

Bisnes

PKP 3.0 Stesen minyak buka dari jam 8 pagi sehingga 8 malam

PKP 3.0 bakal menyaksikan beberapa operasi perniagaan dihadkan kepada tempoh waktu tertentu. Berkuatkuasa 25 Mei 2021, operasi kedai makan termasuk bawa pulang hanya dibenarkan dari jam 8 pagi sehingga jam 8 malam. Bagi operasi stesen minyak pula, hanya stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam. Bagi operasi pasar malam, waktu dibenarkan beroperasi ialah dari jam 4 petang sehingga 8 malam. Semoga perlaksaan PKP 3.0 kali ini akan dipatuhi semua […]

today22/05/2021 2917

Covid 19

KKM rayu rakyat Malaysia terus kekal kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah

Peningkatan kes COVID-19 masih belum reda. Trend semakin meningkat bahkan merisaukan pelbagai pihak. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk melakukan kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM merawat pesakit COVID-19 yang sedia ada. Ujar Dr Noor Hisham “Kita minta dalam […]

today22/05/2021 119

Covid 19

PKP 3.0 Operasi perniagaan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja

Kerajaan pada hari ini memutuskan untuk menghadkan waktu operasi perniagaan di seluruh negara mulai 25 Mei ini hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan itu melibatkan seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai […]

today22/05/2021 338

0%