music_note

Highlights

Cara memohon iSinar KWSP

today27/11/2020 867

Background
share close

Berita baik buat 8 juta pencarum KWSP. Selaras dengan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang simpanan mereka dengan kadar maksima sehingga RM10,000. Pengumuman terbaru itu dibuat dengan mengambilkira kehidupan ahli yang telah terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 yang masih melanda di seluruh dunia.

Kata Tengku Zafrul “Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor dan had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion,” demikian kata Menteri Kewangan dalam di Dewan Rakyat.

Kepada anda yang ingin memohon i-Sinar, anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk cara memohon i-Sinar secara atas talian.

Cara memohon i-Sinar KWSP

Layari link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di: https://isinar.kwsp.gov.my

Panduan membuat permohonan:
1. Sila klik Permohonan Baharu untuk membuat permohonan i-Sinar.

2. Sekiranya anda sudah mendaftar dan membuat permohonan, boleh terus klik Semak Permohonan untuk melihat status kelulusan permohonan.

Setakat artikel ini dikeluarkan, permohonan boleh mula dibuat pada Disember dan permohonan yang lulus akan mula dibayar sebulan selepas permohonan diluluskan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Carta 40 Radio Zamburger bakal temui pendengar, rancakkan industri muzik

Stesen radio baharu, Radio Zamburger yang telah mula bersiaran pada 1 September lalu bakal memperkenalkan pelbagai kandungan rancangan bagi memantapkan siaran stesen tersebut Selepas bersiaran selama seminggu, sambutan dan maklum balas yang diterima amat memberansangkan. Buat masa ini, dua penyampai yang menggalas tanggungjawab bagi mengatur operasi dan perjalanan stesen ialah Zairi dan Faqrul. Menurut mereka, siaran permulaan selama dua minggu ini akan lebih santai sebelum kandungan segmen diserapkan. Antara segmen […]

today10/09/2020 5261

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%