Stesen radio baharu, Radio Zamburger yang telah mula bersiaran pada 1 September lalu bakal memperkenalkan pelbagai kandungan rancangan bagi memantapkan siaran stesen tersebut
Selepas bersiaran selama seminggu, sambutan dan maklum balas yang diterima amat memberansangkan. Buat masa ini, dua penyampai yang menggalas tanggungjawab bagi mengatur operasi dan perjalanan stesen ialah Zairi dan Faqrul. Menurut mereka, siaran permulaan selama dua minggu ini akan lebih santai sebelum kandungan segmen diserapkan. Antara segmen yang akan diperkenalkan ialah Carta 40 Radio Zamburger pada setiap hujung minggu yang bertujuan merancakkan industri hiburan tanahair.
Pengisian seperti segmen berita, laporan trafik, cuaca dan saham akan turut menjadi tarikan pendengar mendengar Radio Zamburger. Walaupun bersiaran secara atas talian, konsep dan pendekatan sebagai saluran maya/digital menjadi kelebihan kerana statistik pendengar boleh diketahui secara ‘real-time’ dengan menunjukkan lokasi taburan pendengar. Ini sekaligus memudahkan penyampai mengatur strategi sasaran pendengar dan segmen yang menjadi waktu puncak.
Pada masa ini, sasaran pendengar adalah dari pukul 9 pagi (pekerja pejabat dan isi rumah) sehingga tengah malam. Waktu petang sehingga malam dijangka menjadi waktu puncak dan akan lebih banyak menampilkan interaksi penyampai dan pendengar.
Dalam masa terdekat, beberapa aktiviti telah dirancang seperti penampilan artis atau tetamu di studio. Kemungkinan besar, akan diadakan sesi temubual bersama pasukan bolasepak Kelantan (The Red Warriors) menjelang perlawanan di Johor pada bulan depan.
Untuk mendengar Radio Zamburger, anda boleh melayari radio.zamburger.my dan mendengar di web ataupun telefon pintar.
Yati on 08/12/2020
Haiii….. Bosku… Hai zairi…. Patut lah dah lama xkedengaran suara awak di Best fm…. Saya seronok me dengar radio zamburger ni…. So sy hrp blh teruskan dgn pengisian yg ada… Sy lbh suka bgni…. Best woo terbaik boss…. Blh jadi yg terbaik.