music_note

Highlights

44 Results / Page 2 of 5

Background

Covid 19

Covid-19 (27 Mei 2021) Malaysia terus catat kes tertinggi

Malaysia terus mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,857 pada hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 541,224.Daripada jumlah kes yang direkodkan, 2,675 dikesan di Selangor diikuti Kelantan (754) dan Sarawak (772).Berikut ialah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):Selangor - 2,675 (177,450)Sabah - 217 (61,274)Johor - 549 (56,231)WPKL - 561 […]

today27/05/2021 174

Hiburan

Norman Hakim, Abby Abadi sekeluarga dikompaun RM8,000

Pasangan selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal turut dikenakan kompaun RM2,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Aidilfitri baru-baru ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk mengeluarkan kompaun tersebut selepas siasatan mendapati berlakunya pelanggaran SOP. Sebelum ini, tular gambar kedua keluarga tersebut didakwa melanggar SOP semasa menyambut hari raya bersama. Aktiviti menziarahi pada Aidilfitri […]

today27/05/2021 265 1

Hiburan

Siti Nurhaliza, Datuk K dikompaun RM10,000

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka pada awal Mei lalu. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan […]

today27/05/2021 612

Covid 19

COVID-19 (26 Mei 2021) Kes baharu tertinggi 7,478

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 533,367 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Sarawak dengan 640 kes. Sehingga 26 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 7,478 […]

today26/05/2021 47

Highlights

LRT bertembung, Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas

Susulan insiden LRT berhampiran stesen KLCC malam tadi, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya itu. Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu. Tambah beliau "Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan […]

today25/05/2021 320

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka […]

today25/05/2021 161 1

Highlights

Maksimum 2 jam sahaja dibenarkan di pusat beli-belah bermula 25 Mei 2021

Bermula 25 Mei 2021 (Selasa), pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dihadkan tempoh masa selama maksimum dua jam sahaja berada di dalam premis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu dibuat selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sektor perdagangan pengedaran yang diperketatkan, berkuat kuasa Selasa ini. Menurut beliau, semua premis peruncitan […]

today23/05/2021 154

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 […]

today23/05/2021 119

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): KKM kesan 24 kluster baharu

Menjelang PKP 3.0, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan: Kluster Jarum LautMelibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.Kluster Taman MajupaduMelibatkan daerah Tangkak, Johor.Kluster Parit Dato OnnMelibatkan daerah Pontian, Johor.Kluster Jalan Kempas […]

today23/05/2021 184

0%