music_note

Covid 19

Covid-19 [10 Mei] : 106 kluster baharu dikesan

today10/05/2021 32

Background
share close

Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini adalah berjumlah 1,775 kes.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba “Setakat ini, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK.”

Menurut beliau lagi, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya. Pecahan daripada 106 kluster baharu yang wujud ini:-

  • 44 kluster baharu daripada tempat kerja iaitu sebanyak 41.5 peratus.
  • 33 kluster dari komuniti
  • 19 kluster dari sektor pendidikan
  • 8 kluster dari keagamaan
  • 1 kluster dari pusat tahanan
  • 1 kluster daripada kumpulan berisiko tinggi

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

News

Pulau Pinang benarkan aktiviti keagamaan

Berita baik kepada muslimin muslimat di Pulau Pinang. Aidilfitri kali ini pasti akan lebih bermakna. Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang termasuk solat Jumaat bagi kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah dibenarkan. Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Zakuan Zakaria berkata, satu garis panduan telah dikeluarkan dan ia berkuat kuasa bermula Isnin […]

today10/05/2021 405

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%