music_note

Covid 19

COVID-19 (19 Mei 2021) Kes harian tertinggi direkodkan

today19/05/2021 204 5

Background
share close

Malaysia pada hari ini merekodkan 6,075 kes COVID-19, menjadikan ia jumlah tertinggi direkodkan semenjak pandemik itu bermula pada tahun lalu.

Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun twitternya, memaklumkan bahawa Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti dengan Johor; 699 kes, Kuala Lumpur; 660 kes, Kelantan ; 441 kes, dan Sarawak; 323 kes.

Berikut ialah pecahan kes pada 19 Mei 2021 mengikut negeri:
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Tiada penganjuran rumah terbuka raya di Sabah

Sabah tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis hari raya dan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, aktiviti ziarah-menziarahi adalah dibenarkan bagi hari raya pertama sehingga ketiga, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang ditetapkan ialah sesi ziarah hari raya dihadkan dari jam 9 pagi hingga 9 malam (2 jam untuk setiap 10 orang).

today12/05/2021 1094 1

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%