music_note

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

today23/05/2021 127

Background
share close

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 kluster baharu direkodkan dengan enam daripadanya melibatkan kluster keagamaan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): KKM kesan 24 kluster baharu

Menjelang PKP 3.0, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan: Kluster Jarum LautMelibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.Kluster Taman MajupaduMelibatkan daerah Tangkak, Johor.Kluster Parit Dato OnnMelibatkan daerah Pontian, Johor.Kluster Jalan Kempas […]

today23/05/2021 194

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%