music_note

Covid 19

Covid-19 (29 Mei 2021) Malaysia terus catat kes tertinggi 9,020

today29/05/2021 62

Background
share close

Menjelang ‘Total Lockdown’, dan beberapa hari selepas PKP 3.0, jumlah kes Covid-19 di Malaysia masih belum reda. Pada hari ini (29 Mei 2021), Malaysia terus merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,836 kes. Ia diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).

Berdasarkan catatan di Twitter, Dr Noor Hisham menyatakan setakat 29 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,020 kes (558,534 kes). Berikut ialah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):
– Selangor – 2,836 (182,338)
– Sabah – 265 (61,847)
WPKL – 789 (57,651)
Johor – 468 (57,461)
– Sarawak – 726 (46,162)
– Pulau Pinang – 345 (28,050)
– Kelantan – 907 (26,481)
– Negeri Sembilan – 898 (25,584)
– Perak – 272 (20,167)
– Kedah – 468 (18,023)
– Melaka – 340 (11,532)
– Pahang – 216 (9,119)
– Terengganu – 189 (8,353)
– WP Labuan – 253 (3,423)
– WP Putrajaya – 29 (1,851)
– Perlis – 19 (492)

#LockdownKendiri #BantuSistemKesihatanNegara

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Sarawak tidak laksana “Total Lockdown”

Sarawak akan kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei 2021. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berpendapat "Sarawak berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi". Semalam Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh […]

today29/05/2021 208

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%