music_note

Highlights

Covid-19: Kes baharu melonjak 3 digit pada Selasa

today08/09/2020 58

Background
share close

Kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menyaksikan catatan angka melonjak kepada tiga digit setakat 12 tengah hari tadi. Sebanyak 100 kes telah direkodkan berbanding 62 kes berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 baharu di Malaysia adalah sebanyak 9,559 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula meningkat kepada 295 kes.
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 85 kes merupakan jangkitan dalam negara, sementara 15 kes lagi adalah kes jangkitan import.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, 62 kes daripada kes baharu COVID-19 yang direkodkan adalah membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu (LD). Sebanyak 12 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,136 kes atau 95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kematian di negara ini kekal sebanyak 128 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak tujuh kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Info Semasa

Bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor pulih hari ini

Isu bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada hari ini. Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang yang bermula 3 Sept lalu terjadi apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah. Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, sebanyak 65 kawasan masih lagi […]

today08/09/2020 380

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%