music_note

Covid 19

KKM rayu rakyat Malaysia terus kekal kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah

today22/05/2021 119

Background
share close

Peningkatan kes COVID-19 masih belum reda. Trend semakin meningkat bahkan merisaukan pelbagai pihak. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk melakukan kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada KKM merawat pesakit COVID-19 yang sedia ada. Ujar Dr Noor Hisham “Kita minta dalam tempoh dua minggu ini duduklah di rumah. Lakukan kawalan kendiri dan kalau kita berjaya lakukan ia mampu putuskan rantaian COVID-19 untuk tempoh tersebut.”

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

PKP 3.0 Operasi perniagaan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja

Kerajaan pada hari ini memutuskan untuk menghadkan waktu operasi perniagaan di seluruh negara mulai 25 Mei ini hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan itu melibatkan seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai […]

today22/05/2021 338

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%