Kylian Mbappe positif COVID-19
Written by Radio Zamburger on 08/09/2020
Pemain bola sepak Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan positif COVID-19. Kylian Mbappe dikatakan menarik diri daripada pasukan negara itu selepas diuji positif COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
Mbappe, 21, telah bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017. Menurut sumber, Kylian Mbappe tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Croatia. Daripada Ujian COVID-19 yang dilakukan UEFA pada pagi tadi telah mendapati Mbappe positif dan kini dikuarantin.
Perancis akan menentang Croatia untuk Liga Negara-Negara pada Selasa.
Tagged as Mbappe