music_note

Hiburan

Langgar SOP: Awie sudah bayar denda

today10/05/2021 384

Background
share close

Penyanyi popular, Awie tular dikatakan melanggar S.O.P. Bahkan, dalam perkembangan terbaharu, Awie dikhabarkan sudah membayar denda tersebut.

Awie dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini. Awie dipetik sebagai berkata “Saya akan ke Melaka esok (Isnin) untuk beri keterangan di IPK Melaka, insya-Allah,”. Perkara itu turut disahkan oleh pengurus Awie iaitu Mubarak Akhtar. Menurut laporan portal The Star pada Ahad lalu, Mubarak berkata “Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda,”.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video yang tular tersebut. Pihak PDRM juga dikatakan telah menerima laporan mengenai dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di majlis itu.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Hiburan

Nora Danish dan Tiz Zaqyah dijangkiti COVID-19

Pelakon terkenal, Nora Danish dan Tiz Zaqyah baru-baru ini mengumumkan mereka telah dijangkiti COVID-19. Khabar tersebut tular menerusi posting yang dikongsikan oleh kedua-dua artis tersebut. Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mengenai keputusan ujian saringan positif oleh pihak hospital pada pagi Ahad lalu menerusi akaun Instagram peribadi mereka. Nora Danish berkata, pada Sabtu, dia menjalani ujian calitan (swab test) kerana mempunyai kontak rapat kategori C. Keputusan ujian yang dilakukan mendapati […]

today10/05/2021 575

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%