music_note

Highlights

LRT bertembung, Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas

today25/05/2021 321

Background
share close

Susulan insiden LRT berhampiran stesen KLCC malam tadi, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya itu. Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

Tambah beliau “Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan berasa sedih dengan kemalangan ini. Beliau juga memaklumkan, Prasarana sedang menguruskan perkhidmatan alternatif kepada penumpang di stesen lain yang masih terkandas.

Ka Siong juga menjelaskan, Prasarana akan memaklumkan dan mengemas kini pengguna LRT tentang gangguan perkhidmatan mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung KLCC.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka […]

today25/05/2021 163 1

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%