music_note

Highlights

Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN

today21/05/2021 207

Background
share close

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan penafian mesej yang sedang tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

MKN menerusi Telegram telah meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu. MKN pada Jumaat berkata “Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi”.

Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, pukul 9 malam telah dimuat naik dalam beberapa platform media sosial sejak pukul 3 petang tadi. Visual mesej tersebut turut memaklumkan bahawa perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AWANI, BERNAMA, TV3 dan RTM.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Covid19 (20 Mei 2021) KKM kesan 24 kluster baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan pertambahan sebanyak 24 lagi kluster baharu yang merangkumi tempat kerja, komuniti, keagamaan dan pendidikan. Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu berkenaan.Kluster Jalan Bunga Azalea-Kes melibatkan daerah Hulu Selangor, Selangor.-Kluster merupakan kategori tempat kerja.-Seramai 55 individu disaring, 11 positif.Kluster Jalan Makasar-Kes melibatkan daerah Kluang, Johor.-Kluster merupakan kategori tempat kerja.-Seramai 36 individu disaring, 27 positif.Kluster Teknologi Juru-Kes melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.-Kluster merupakan […]

today20/05/2021 90

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%