music_note

Hiburan

Nora Danish dan Tiz Zaqyah dijangkiti COVID-19

today10/05/2021 553

Background
share close

Pelakon terkenal, Nora Danish dan Tiz Zaqyah baru-baru ini mengumumkan mereka telah dijangkiti COVID-19. Khabar tersebut tular menerusi posting yang dikongsikan oleh kedua-dua artis tersebut.

Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mengenai keputusan ujian saringan positif oleh pihak hospital pada pagi Ahad lalu menerusi akaun Instagram peribadi mereka. Nora Danish berkata, pada Sabtu, dia menjalani ujian calitan (swab test) kerana mempunyai kontak rapat kategori C. Keputusan ujian yang dilakukan mendapati Nora positif walaupun langsung tiada sebarang simptom.

Nora turut memohon peminat dan rakan-rakan agar mendoakan kesihatannya dan keluarga. Susulan keputusan positif itu, Nora menasihatkan agar sesiapa sahaja yang pernah berjumpa atau berhubung dengannya antara 4 hingga 8 Mei agar turut melakukan ujian calitan bagi memastikan status kesihatan masing-masing.

Sementara itu, pelakon Tiz Zaqyah pula mendedahkan beliau melakukan ujian calitan selepas berasa tidak selesa dengan kesihatan dirinya. Beliau berkata, beliau dapat merasakan tubuhnya menggigil dan tidak seperti kebiasaan selain mengalami batuk ringan. Selepas dimaklumkan keputusan positif COVID-19 itu, Tiz Zaqyah telah dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah. Tiz Zaqyah juga turut menasihatkan orang ramai agar segera menjalani ujian jika ada demam, selesema, bersin atau sakit kepala. Tambah beliau “Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada simptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk. Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,” demikian kata Tiz Zaqyah buat pengikutnya di Instagram.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Kelantan FC dan PSPS Riau jana pendapatan melalui Padang Bola

Selepas selesai mengambil alih pasukan bolasepak The Riau Warriors (TRW) atau lebih dikenali sebagai PSPS Riau, pemilik kelab yang juga presiden kelab iaitu En. Norizam Tukiman menzahirkan hasrat untuk memiliki padang bolang sepak sebagai salah satu sumber bagi menjana pendapat kepada kedua-dua kelab miliknya iaitu Kelantan FC dan PSPS Riau. Norizam Tukiman melakukan lawatan ke sebuah padang latihan sintetik di Jakarta. (foto: Facebook Zamsaham) Menerusi catatan di facebook Zamsaham, Bos […]

today09/05/2021 1112

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%