music_note

Hiburan

Norman Hakim, Abby Abadi sekeluarga dikompaun RM8,000

today27/05/2021 265 1

Background
share close

Pasangan selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal turut dikenakan kompaun RM2,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk mengeluarkan kompaun tersebut selepas siasatan mendapati berlakunya pelanggaran SOP. Sebelum ini, tular gambar kedua keluarga tersebut didakwa melanggar SOP semasa menyambut hari raya bersama.

Aktiviti menziarahi pada Aidilfitri tidak menjadi masalah tetapi yang menjadi persoalan ialah apabila penjarakan fizikal tidak dipatuhi. Seperti yang diketahui umum, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah mengumumkan ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Hiburan

Siti Nurhaliza, Datuk K dikompaun RM10,000

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka pada awal Mei lalu. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan […]

today27/05/2021 612

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%