music_note

Notis Privasi

Background

Tentang kami

Laman web rasmi Radio Zamburger ialah: https://radio.zamburger.my

Dasar Privasi

Radio Zamburger menghormati privasi anda berhubung dengan data peribadi dan komited untuk melindungi privasi pengguna/ pelanggan kami (yang dikenali sebagai “Pengguna”), dan akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan terjamin kepada pengguna ketika melayari web ini.

Dasar privasi ini dirumus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA2010).

Berkaitan data peribadi anda ketika melayari web Radio Zamburger

Pelayan web kami tidak akan secara automatik mengenali maklumat khusus tentang Pengguna individu di laman kami. Web kami juga tidak akan secara automatik merekodkan maklumat tentang alamat e-mel Pengguna kecuali Pengguna memberikannya.

Kami mengumpul maklumat tentang Pengguna semasa proses pendaftaran bagi bahagian-bahagian tertentu di laman kami; menerusi penyertaan aktiviti tertentu, termasuk peraduan, forum, dan tinjauan pendapat; dan melalui penggunaan ‘cookies’. Apabila anda meminta halaman daripada web kami, pelayan kami akan secara automatik mengumpul maklumat tertentu tentang pilihan anda, termasuk alamat internet protocol (“IP”) anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis masalah dengan pelayan kami, dan untuk mentadbir laman kami.

Maklumat yang diberikan oleh Pengguna melalui proses pendaftaran, tinjauan, borang penyertaan peraduan, tinjauan pendapat ataupun saluran sah yang lain digunakan untuk mempertingkatkan kandungan laman kami, atau bagi tujuan pemasaran . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan secara khusus.

Analytics

Perkongsian Data Pengunjung

Setiap kali anda mengunjungi laman web kami, data kunjungan tersebut akan tersimpan untuk tujuan pemantauan dan statistik pengunjung. Data asas akan digunakan bagi tujuan paparan analisis pengunjung di web ini.

Jika anda meninggalkan sebarang komen di web kami, komen dan metadata tersebut akan secara automatik disimpan untuk tujuan rekod dan arkib. Ia secara automatik akan memudahkan kenal pasti identiti pengunjung ketika lawatan anda yang akan datang. Walaubagaimanapun, komen yang ditinggalkan juga mungkin akan melalui proses tapisan (filtering) terlebih dahulu sebelum diluluskan untuk paparan.

Jika anda telah mendaftar di web kami (jika berkaitan), kami akan menyimpan data anda untuk kegunaan kenal pasti profil pengunjung yang boleh diakses atau dikemaskini oleh anda. Admin web juga boleh mengakses data tersebut dan membuat modifikasi jika terdapat penyalahgunaan di web ini termasuk menyah aktifkan profil pengguna anda.

Pemantauan Keselamatan

Komen atau aktiviti anda di web kami mungkin dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami bagi tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyenggaraan atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan e-mel atau profil pengguna.

Cookies

Cookies merupakan fail kecil yang disimpan ke dalam komputer anda apabila melayari Laman Web. Cookies mungkin digunakan untuk menyimpan nombor unik yang berpaut pada komputer atau peralatan anda supaya anda boleh dikenalpasti sebagai pengguna yang sama apabila melayari satu atau lebih laman web. Cookies mempunyai banyak fungsi yang berguna.

Sebagai contoh:

Cookies menyimpan data daftar masuk anda supaya tidak perlu memasukkan data yang sama setiap kali anda melawat Laman Web.
Cookies boleh membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami bahagian yang paling popular dalam Laman Web kami kerana cookies membantu kami memantau laman dan fungsi yang diakses oleh pengguna dan tempoh yang diluangkan oleh pengguna dalam Laman Web. Dengan mengkaji maklumat sedemikian, kami akan dapat menyesuaikan Laman Web kami dan menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda.

Cookies membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami iklan yang anda lihat supaya anda tidak lagi menerima iklan yang sama apabila melayari Laman Web kami.

Kebanyakkan pelayar menerima cookies secara automatik tetapi fungsi pelayar web boleh ditetapkan agar tidak menerima cookies secara automatik ataupun ia boleh memaklumkan pengguna bahawa cookies akan dihantar. Jika anda mahu menutup fungsi cookies, anda boleh merujuk kepada menu bantuan pada pelayar anda untuk menutup fungsi cookies. Jika anda menutup fungsi cookies, ia mungkin mengganggu cara Laman Web kami berfungsi.

Nama pengguna dan kata laluan mungkin diperlukan untuk anda menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam Laman Web ini. Untuk perlindungan anda sendiri, kami menghendaki anda merahsiakan nama pengguna dan kata laluan ini dan secara kerap mengubah kata laluan anda (jika diperlukan).

Pautan/ Link

Laman Web kami mengandungi pautan ke laman lain. Kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi atau kandungan laman tersebut. Kami juga mempunyai jalinan perhubungan dengan rakan niaga/ atau pengiklan yang lain tetapi perhubungan tersebut secara amnya bersifat teknikal, atau kerjasama kandungan. Jika mana-mana rakan niaga/ atau pengiklan mengakses sebarang maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dalam pangkalan data ini, fakta ini akan didedahkan kepada pengguna pada permulaan proses pendaftaran. Pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi oleh sesiapa selain daripada Laman Web ini, boleh memilih untuk tidak melengkapkan pendaftaran.

(dikemas kini pada 30/11/2020).

0%