music_note

Covid 19

Orang ramai disaran lakukan PKP kendiri

today10/05/2021 154

Background
share close

Kementerian menyarankan agar orang ramai untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP kendiri boleh dilakukan dengan hanya duduk di rumah dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, “Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan yang lain.” Menurut beliau lagi, negara merekodkan kes jangkitan COVID-19 melebihi 4,000 kes dua hari berturut-turut pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Jumlah kes di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan alat pernafasan pula adalah sebanyak 632 kes keseluruhan. Menerusi sidang media pada Sabtu lalu, Dr Noor Hisham berkata data menunjukkan lima hospital di Lembah Klang sudah beroperasi di luar kapasiti.
Di seluruh negara pula, lebih daripada 70 peratus katil ICU COVID-19 di 19 hospital awam sudah dipenuhi.

Ayuh bersama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Sukan

Arsenal Masih Ada Peluang Bangkit

Berita gembira buat penyokong Arsenal. Selepas tewas dan menunjukkan prestasi yang agak merundum, kebangkitan kembali pasukan idola merah ini pastinya sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Walaupun dikatakan sudah hanyut, namun kemenangan terbaharu Arsenal nyata menghidupkan semula peluang untuk terus beraksi dalam kelayakan Eropah. Kemenangan menang 3-1 ke atas West Bromwich Albion ternyata membawa sinar buat Arsenal sekaligus meranapkan harapan lawan iaitu West Bromwich yang kini jatuh ke zon penyingkiran buat kali […]

today10/05/2021 193

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%