DSV terbuka hati untuk menjadi pemilik pasukan Perak FC. Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan adalah antara perkara yang masih di dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang.
Tambah beliau, “Saya masih mengkaji perbelanjaan overhead, maintainance, apa yang perlu disewa beli, gaji pemain, siapa (pemain) yang sesuai untuk digilap bakatnya dan pelbagai perkara lain perlu ditanggung. Faktor kehadiran penyokong juga perlu diambil kira. Jadi kesemua ini memerlukan pelaburan bijak yang mungkin kita boleh lihat hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun jika ingin memastikan ia benar-benar berbaloi,” demikan kata DSV ketika ditemui wartawan di kedai emasnya di Perak baru-baru ini.
Ujar DSV lagi, pengalaman menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016 sudah cukup mematangkan beliau untuk lebih peka dan bersedia jika ingin melabur dalam mana-mana pasukan bola sepak negeri pada masa akan datang.
Post comments (0)