music_note

Sukan

Perak FC dalam intaian Datuk Seri Vida

today21/05/2021 781 1

Background
share close

DSV terbuka hati untuk menjadi pemilik pasukan Perak FC. Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan adalah antara perkara yang masih di dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Tambah beliau, “Saya masih mengkaji perbelanjaan overhead, maintainance, apa yang perlu disewa beli, gaji pemain, siapa (pemain) yang sesuai untuk digilap bakatnya dan pelbagai perkara lain perlu ditanggung. Faktor kehadiran penyokong juga perlu diambil kira. Jadi kesemua ini memerlukan pelaburan bijak yang mungkin kita boleh lihat hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun jika ingin memastikan ia benar-benar berbaloi,” demikan kata DSV ketika ditemui wartawan di kedai emasnya di Perak baru-baru ini.

Ujar DSV lagi, pengalaman menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016 sudah cukup mematangkan beliau untuk lebih peka dan bersedia jika ingin melabur dalam mana-mana pasukan bola sepak negeri pada masa akan datang.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Covid19 (21 Mei 2021) Malaysia rekodkan 6,493 kes

Hari ini, Malaysia merekodkan sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19. Dalam tempoh 24 jam lalu jumlah keseluruhan kes kini telah mencecah sebanyak 498,795 kes.Berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri seperti dipetik daripada Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri […]

today21/05/2021 202

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%