music_note

Covid 19

PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun

today11/05/2021 179

Background
share close

Berikutan pertambahan jumlah kes COVID-19 dalam negara, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19. Tambah Perdana Menteri, “Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” kata Muhyiddin.

Ujarnya, kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

“Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat,” jelas beliau. Bagaimanapun, ujar beliau sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.
Ujarnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perincian garis panduan sepanjang PKP dalam masa terdekat.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Bonus Hari Raya: Bos Zam hadiahkan RM2,000 buat Kelantan FC

Alhamdulillah, semua staff dan pemain Kelantan FC bakal menerima bonus Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM2,000. Makluman tersebut telah dikongsikan di laman media sosial rasmi TRW Kelantan FC yang memaklumkan, "Pemilik Kelantan FC telah berbesar hati untuk memberi bonus RM2,000 Hari Raya Aidilfitri. RM1,000 dibayar sebelum dan RM1,000 dibayar selepas hari raya". Walaupun sibuk dengan tugasan di Indonesia selepas mengambil alih kelab bolasepak PSPS Riau (The Riau Warriors), berita baik ini […]

today10/05/2021 740 2 2

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%