music_note

Highlights

PM saran rakyat amalkan lockdown kendiri

today23/05/2021 81

Background
share close

Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau ‘self-lockdown’ untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19. Kebelakangan ini, jangkitan Covid-19 menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.
Perdana Menteri juga menasihati orang ramai supaya mengingatkan yang lain untuk berbuat perkara yang sama kerana apapun usaha yang dibuat kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tambah Perdana Menteri lagi, walau apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan. “Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha ini InshaAllah kita akan menang”. Menurut Perdana Menteri, pertimbangan antara hidup dan kehidupan perlu diambil kira dalam memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan. Disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan ‘total lockdown’ seperti PKP 1.0 ketika ini kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat dan menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan selain ketidakupayaan untuk bangkit bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi.

Perdana Menteri menegaskan bahawa dalam usaha untuk melandaikan lekuk COVID-19, menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat bagi menjayakan usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Bisnes

PKP 3.0 Stesen minyak buka dari jam 8 pagi sehingga 8 malam

PKP 3.0 bakal menyaksikan beberapa operasi perniagaan dihadkan kepada tempoh waktu tertentu. Berkuatkuasa 25 Mei 2021, operasi kedai makan termasuk bawa pulang hanya dibenarkan dari jam 8 pagi sehingga jam 8 malam. Bagi operasi stesen minyak pula, hanya stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam. Bagi operasi pasar malam, waktu dibenarkan beroperasi ialah dari jam 4 petang sehingga 8 malam. Semoga perlaksaan PKP 3.0 kali ini akan dipatuhi semua […]

today22/05/2021 3125

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%