music_note

News

Pulau Pinang benarkan aktiviti keagamaan

today10/05/2021 405

Background
share close

Berita baik kepada muslimin muslimat di Pulau Pinang. Aidilfitri kali ini pasti akan lebih bermakna. Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang termasuk solat Jumaat bagi kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah dibenarkan.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Zakuan Zakaria berkata, satu garis panduan telah dikeluarkan dan ia berkuat kuasa bermula Isnin (10 Mei) sehingga arahan baharu dikeluarkan.

Menurut beliau lagi, bagi solat Jumaat untuk kawasan PKP, kadar bilangan jemaah yang ditetapkan adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid atau surau Jumaat sahaja dengan mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

News

PDRM tidak kenakan kompaun sesuka hati

Alsan tidak kukuh, PDRM beri amaran secara berhemah. Terbaharu, pihak polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah untuk merentas daerah/negeri. Antara taktik yang digunakan adalah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri. Selain itu, terdapat juga pengguna yang cuba merentas daerah/negeri tanpa surat kebenaran. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan […]

today10/05/2021 211

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%