music_note

Bisnes

Ringgit ditutup rendah, tekanan oleh dolar AS

today20/05/2021 53

Background
share close

Pada sesi akhir dagangan hari ini, ringgit terus lemah berbanding dolar AS. Dolar AS dilihat terus mengukuh dan memberi tekanan kepada ringgit pada pembukaan sesi dagangan pagi tadi.

Ringgit dilihat terus menyusut berbanding dolar AS ketika ditutup hari ini berikutan pengukuhan nilai dolar AS selepas Rizab Persekutuan AS mengeluarkan minit mesyuaratnya semalam.
Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1445/1475 berbanding dolar AS pada 4.1360/1400 ketika ditutup hari sebelumnya. Ringgit turut menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1080/1107 daripada 3.1039/1086 pada Rabu tetapi meningkat sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8520/8579 daripada 5.8586/8651 sebelumnya.
Ringgit juga lebih rendah berbanding euro kepada 5.0505/0550 daripada 5.0496/0562 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.8030/8068 daripada 3.7882/7929.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

UTM Skudai dikenakan PKPD bermula 21 Mei 2021

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD). Terbaharu menerusi sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan bermula pada 21 Mei hingga 3 Jun. Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD itu dibuat setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambah beliau lagi, "Sehingga kini, […]

today19/05/2021 434

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%