music_note

Covid 19

Sarawak kekal PKP, kaji SOP Total Lockdown

today29/05/2021 66

Background
share close

Kerajaan Sarawak akan mengkaji terlebih dahulu garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa 1 Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Embas kepada Astro AWANI. Menurut Uggah, persoalan sama ada Sarawak akan turut melaksanakan ‘total lockdown’ akan ditentukan kelak. Tambah Unggah, “Kita akan melihat dan mengkaji SOP kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan (melaksanakan lockdown)”.

Dalam perkembangan sama, Sarawak akan mula melaksanakan PKP berkuatkuasa 29 Mei sehingga 11 Jun dengan mengehadkan beberapa sektor ekonomi dan sosial yang tertakluk kepada perkhidmatan perlu sahaja. Sementara itu, Kerajaan Sabah telah menyatakan pendirian akan melaksanakan total lockdown seperti yang diputuskan MKN.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Covid-19 (29 Mei 2021) Malaysia terus catat kes tertinggi 9,020

Menjelang 'Total Lockdown', dan beberapa hari selepas PKP 3.0, jumlah kes Covid-19 di Malaysia masih belum reda. Pada hari ini (29 Mei 2021), Malaysia terus merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,836 kes. Ia diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898) dan Kuala […]

today29/05/2021 62

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%