music_note

Covid 19

Sarawak tidak laksana “Total Lockdown”

today29/05/2021 207

Background
share close

Sarawak akan kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei 2021. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berpendapat “Sarawak berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi”.

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh Lockdown ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN. Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian yang telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Total Lockdown: PPV beroperasi seperti biasa

Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengumumkan semua janji temu bagi pemberian vaksin tidak akan terjejas susulan pelaksanaan 'total lockdown' di negara ini. Menerusi makluman di laman Twitter, JKJAV berkata, tarikh janji temu yang diperoleh sebelum ini masih sah. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi seperti biasa sepanjang lockdown (Fasa 1) bermula 1 Jun hingga 14 Jun, 2021.

today29/05/2021 195

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%