music_note

Hiburan

Search jaga nama dan branding

today21/05/2021 156

Background
share close

Sidang media kumpulan rock legenda, Search menjadi tumpuan peminat dan media. Search dalam kenyataan memberi masa tujuh hari kepada seorang individu bernama Mozylir Mokhtaruddin untuk menghentikan semua kegiatan yang berkait dengan kumpulan rock terkemuka itu.

Dalam sidang media menerusi Instagram Live pada Jumaat, ahli kumpulan Search, Nasir; bekas vokalis, Amy dan anak bekas pemain drum, Allahyarham Yazit memaklumkan, mereka akan memulakan tindakan undang-undang jika pihak Mozylir gagal berbuat demikian. Mozylir yang berniaga atas nama ‘Home of Champions’ didakwa telah menggunakan nama Fenomena Search atau imej berkaitan Search bagi menjual pakaian dan aksesori lain termasuk kasut Aliph X Search Edisi 2021.

Amy berkata banyak perkara perlu diperjelas dan diperincikan sebelum kebenaran menggunakan nama Search boleh diberi. Tambah Amy lagi, “Selama ini, kami jaga nama dan branding kumpulan. Ini tak ada kena mengena dengan isu salah faham atau bergaduh tetapi kami mahu betulkan apa yang tidak betul. Jangan nanti apabila semua sudah tak ada, waris-waris bertelagah, pihak luar pula ambil kesempatan. Sebab itu kami kena bertegas dengan hak kami dan perjelaskan semua dari sekarang,” ujar Amy.

Tambah Amy lagi, beliau juga tidak tahu menahu tentang keuntungan yang sudah dibuat pihak HOC, namun surat yang dihantar peguam mereka ada meminta pihak HOC mendedahkan semua hasil perniagaan menggunakan nama Search. Kali terakhir Search mengeluarkan album adalah pada tahun 2017 melalui album yang berjudul Katharsis. Album tersebut dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid manakala arwah Yazit tidak dapat bermain dalam album tersebut disebabkan faktor keuzuran.

Bagaimanapun, kesemua ahli Search telah bersetuju untuk memastikan hak arwah Yazit kepada nama Search dan hasil kerja beliau untuk Search dari tahun 1981 akan diberikan kepada warisnya.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Featured

Perincian PKP 3.0 diumumkan pada Sabtu 22 Mei 2021

Bagi tujuan mengekang kenaikan kes Covid-19, kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat telah sebulat suara memutuskan PKP 3.0 melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial. Perincian berkenaan sekatan tambahan PKP 3.0 akan […]

today21/05/2021 248

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%