music_note

covid19

33 Results / Page 2 of 4

Background

Covid 19

Sarawak tidak laksana “Total Lockdown”

Sarawak akan kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei 2021. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berpendapat "Sarawak berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi". Semalam Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh […]

today29/05/2021 202

Covid 19

Total Lockdown: PPV beroperasi seperti biasa

Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengumumkan semua janji temu bagi pemberian vaksin tidak akan terjejas susulan pelaksanaan 'total lockdown' di negara ini. Menerusi makluman di laman Twitter, JKJAV berkata, tarikh janji temu yang diperoleh sebelum ini masih sah. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi seperti biasa sepanjang lockdown (Fasa 1) bermula 1 Jun hingga 14 Jun, 2021.

today29/05/2021 192

Covid 19

WHO: Pandemik Covid-19 mungkin lambat berakhir

Pengarah Bahagian Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 tidak akan berakhir sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus individu dunia diberikan vaksin. Dr Hans Kluge yang turut menyatakan kekesalan kerana pelancaran vaksin di Eropah yang masih dianggap "terlalu perlahan". Menurut laporan AFP, Dr Kluge juga menyatakan salah satu kebimbangannya ialah peningkatan kes jangkitan melibatkan varian baharu koronavirus. Sebagai contoh katanya, varian India B1617 lebih mudah menular daripada varian UK […]

today29/05/2021 115

Covid 19

Total Lockdown bermula 1 Jun

Kerajaan pada hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara […]

today28/05/2021 94 2

Covid 19

Covid-19 (27 Mei 2021) Malaysia terus catat kes tertinggi

Malaysia terus mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,857 pada hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 541,224.Daripada jumlah kes yang direkodkan, 2,675 dikesan di Selangor diikuti Kelantan (754) dan Sarawak (772).Berikut ialah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):Selangor - 2,675 (177,450)Sabah - 217 (61,274)Johor - 549 (56,231)WPKL - 561 […]

today27/05/2021 166

Covid 19

COVID-19 (26 Mei 2021) Kes baharu tertinggi 7,478

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 533,367 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Sarawak dengan 640 kes. Sehingga 26 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 7,478 […]

today26/05/2021 46

Covid 19

Tempahan vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu)

Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan diberikan kepada warga emas selama 2 hari pertama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu. […]

today25/05/2021 50

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka […]

today25/05/2021 151 1

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 […]

today23/05/2021 118

0%