music_note

lockdown

4 Results / Page 1 of 1

Background

Covid 19

Sarawak kekal PKP, kaji SOP Total Lockdown

Kerajaan Sarawak akan mengkaji terlebih dahulu garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa 1 Jun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Embas kepada Astro AWANI. Menurut Uggah, persoalan sama ada Sarawak akan turut melaksanakan ‘total lockdown’ akan ditentukan kelak. Tambah Unggah, “Kita akan […]

today29/05/2021 66

Covid 19

Sarawak tidak laksana “Total Lockdown”

Sarawak akan kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei 2021. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berpendapat "Sarawak berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi". Semalam Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh […]

today29/05/2021 202

Covid 19

Total Lockdown: PPV beroperasi seperti biasa

Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengumumkan semua janji temu bagi pemberian vaksin tidak akan terjejas susulan pelaksanaan 'total lockdown' di negara ini. Menerusi makluman di laman Twitter, JKJAV berkata, tarikh janji temu yang diperoleh sebelum ini masih sah. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi seperti biasa sepanjang lockdown (Fasa 1) bermula 1 Jun hingga 14 Jun, 2021.

today29/05/2021 192

Covid 19

Total Lockdown bermula 1 Jun

Kerajaan pada hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara […]

today28/05/2021 94 2

0%