music_note

Covid 19

UTM Skudai dikenakan PKPD bermula 21 Mei 2021

today19/05/2021 434 5

Background
share close

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD).

Terbaharu menerusi sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan bermula pada 21 Mei hingga 3 Jun. Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD itu dibuat setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah beliau lagi, “Sehingga kini, sebanyak 49 kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan oleh KKM yang melibatkan penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.”

“KKM juga melaporkan kadar positiviti yang tinggi iaitu 14.2 peratus serta taburan kes positif serta kontak rapat telah menular di beberapa kolej lain”.
Beliau turut menjelaskan, pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan pihak KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya pesakit serta kontak rapat dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

COVID-19 (19 Mei 2021) Kes harian tertinggi direkodkan

Malaysia pada hari ini merekodkan 6,075 kes COVID-19, menjadikan ia jumlah tertinggi direkodkan semenjak pandemik itu bermula pada tahun lalu. Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun twitternya, memaklumkan bahawa Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti dengan Johor; 699 kes, Kuala Lumpur; 660 kes, Kelantan ; 441 kes, dan Sarawak; 323 kes. Berikut ialah pecahan kes pada 19 Mei […]

today19/05/2021 212

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%