music_note

Covid 19

WHO: Pandemik Covid-19 mungkin lambat berakhir

today29/05/2021 117

Background
share close

Pengarah Bahagian Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 tidak akan berakhir sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus individu dunia diberikan vaksin. Dr Hans Kluge yang turut menyatakan kekesalan kerana pelancaran vaksin di Eropah yang masih dianggap “terlalu perlahan”.

Menurut laporan AFP, Dr Kluge juga menyatakan salah satu kebimbangannya ialah peningkatan kes jangkitan melibatkan varian baharu koronavirus. Sebagai contoh katanya, varian India B1617 lebih mudah menular daripada varian UK B117. Kedua-duanya varian ini juga lebih mudah menular berbanding virus asal. Justeru, Dr Kluge menekankan solidariti dalam pemberian vaksin yang pantas adalah sangat penting. Beliau berharap agar kepantasan di dalam pengedaran dan memperbanyakkan vaksin dalam skala yang besar.

Di 53 buah negara dan wilayah di Eropah termasuk beberapa negara di Asia Tengah, sebanyak 26 peratus penduduk sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19. Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU), 36.6 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Total Lockdown bermula 1 Jun

Kerajaan pada hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara […]

today28/05/2021 96 2

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%