music_note

Hiburan

Zamburger Radio mula ke udara bermula 1 September

today02/09/2020 773

Background
share close

Saluran digital atas talian terbaharu negara iaitu Zamburger Radio kini telah memulakan siaran pada tanggal 1 September 2020. Dimiliki oleh usahawan dan pakar saham terkenal, Norizam Tukiman, stesen Zamburger Radio bakal merancakkan lagi industri muzik dan penyiaran negara. Walaupun hanya bersiaran secara atas talian buat masa ini, ia tetap mengekalkan standard dan etika penyiaran dengan memasukkan elemen informasi di dalam siaran sepanjang hari.

Antara pengisian yang mewarnai jam siaran sepanjang hari di Zamburger Radio ialah berita semasa, perkembangan trafik, ramalam cuaca, panduan waktu solat bagi bandar-bandar utama, info saham, motivasi serta banyak lagi. Dua penyampai senior yang telah dilamar dan mula ke udara di Zamburger Radio ialah Zairi dan Bro Azim. Kedua jejaka ini sememangnya memiliki kelebihan tersendiri selain peminat yang tegar.

Dalam masa terdekat, beberapa orang lagi penyampai muda dan berbakat akan turut bersiaran di Zamburger Radio.

Bercakap tentang format lagu yang disiarkan pula, ia ialah pilihan terbaik sepanjang masa, dulu dan sekarang yang mampu mengajak para pendengar untuk menyanyi bersama.

Untuk mendengar siaran Zamburger Radio, pendengar boleh melayari web yphttps://radio.zamburger.my dan mengikuti akaun media sosial di Zamburger Radio.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Sukan

Penyokong bolasepak Jerman buat kutipan dana untuk perpindahan Messi

Nama bintang ternama bola sepak dunia iaitu Lionel Messi terus menjadi perbualan ramai apabila ramai yang mula bertanya apakah yang akan terjadi dengan nasib Messi. Berita terbaharu yang kami perolehi, seorang penyokong kelab Stuttgart dikhabarkan cuba untuk membantu pasukan di Jerman bagi mendapatkan pemain Barcelona itu. Individu yang bernama Tim Artmann telah menubuhkan kutipan dana dengan sasaran berjumlah €900 juta (RM4.47 bilion), sebagai bayaran untuk pasukan Bundesliga untuk mendapatkan khidmat […]

today01/09/2020 120

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%