COVID-19 (14 Jun 2021): 4,949 kes baharu
Dua minggu selepas Total Lockdown di Malaysia, ke baharu Covid-19 masih tinggi walaupun menunjukkan penurunan kes. Selama dua hari berturut-turut jangkitan baharu dilaporkan menurun dengan angka terbaharu 4,949 kes dilaporkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 662,457. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor bagaimanapun masih kekal dengan rekod kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,523 kes diikuti Sarawak (744 kes) dan Kuala Lumpur (503 kes). […]
Post comments (0)