music_note

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

today25/05/2021 161 1

Background
share close

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang.

Tambah kenyataan tersebut, “Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan munasabah. Penggunaan (aplikasi) MySejahtera hendaklah diutamakan dengan operator premis hanya membenarkan mereka yang mempunyai risiko rendah masuk ke premis mereka”. Dalam perkembangan sama, tempoh operasi bagi semua sektor di negeri ini adalah di antara jam 6 pagi dan 8 malam sahaja dan kehadiran pekerja di pejabat yang tidak termasuk petugas barisan hadapan adalah 20 peratus bagi sektor awam dan 60 peratus bagi sektor swasta.

Semua aktiviti sukan bagi tujuan latihan dan penganjuran pertandingan atau kejohanan serta rekreasi awam adalah tidak dibenarkan kecuali joging dan senaman yang dilaksanakan secara individu.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Maksimum 2 jam sahaja dibenarkan di pusat beli-belah bermula 25 Mei 2021

Bermula 25 Mei 2021 (Selasa), pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dihadkan tempoh masa selama maksimum dua jam sahaja berada di dalam premis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu dibuat selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sektor perdagangan pengedaran yang diperketatkan, berkuat kuasa Selasa ini. Menurut beliau, semua premis peruncitan […]

today23/05/2021 154

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%