music_note

Highlights

Bonus Hari Raya: Bos Zam hadiahkan RM2,000 buat Kelantan FC

today10/05/2021 740 2

Background
share close

Alhamdulillah, semua staff dan pemain Kelantan FC bakal menerima bonus Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM2,000. Makluman tersebut telah dikongsikan di laman media sosial rasmi TRW Kelantan FC yang memaklumkan, “Pemilik Kelantan FC telah berbesar hati untuk memberi bonus RM2,000 Hari Raya Aidilfitri. RM1,000 dibayar sebelum dan RM1,000 dibayar selepas hari raya”.

Walaupun sibuk dengan tugasan di Indonesia selepas mengambil alih kelab bolasepak PSPS Riau (The Riau Warriors), berita baik ini pastinya membawa sinar keceriaan buat semua staff dan pemain Kelantan FC disaat pandemik Covid-19 masih melanda. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemain dan ahli keluarga yang perlu membuat persiapan menjelang aidilfitri.

Radio Zamburger adalah radio rasmi pasukan Kelantan FC.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

COVID-19 [10 Mei]: 3,807 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi

Setakat 10 Mei 2021, sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 telah direkodkan di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif setakat hari ini ialah sebanyak 444,484 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329). Sehingga 10 Mei 2021, berikut ialah pecahan jumlah kes COVID-19 mengikut negeri (kumulatif). Selangor - 1,149 (144,419)Sabah - 96 (58,953)Johor - 257 […]

today10/05/2021 45 2

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%