music_note

Covid 19

Covid-19 (22 Mei 2021) 6,320 kes baharu direkodkan

today22/05/2021 192

Background
share close

Menjelang perlaksanaan PKP 3.0, Malaysia terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi. Sebanyak 6,320 kes baharu COVID-19 direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 505,115 kes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 50 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 2,199 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara.
Tambah beliau lagi “Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 53,682 kes”.

Menurut beliau lagi, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini adalah sebanyak 652 kes dan daripada jumlah itu 370 kes memerlukan bantuan pernafasan. Sementara itu, angka kes sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 4,694 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 449,234 kes.

Dalam perkembangan sama, KKM turut memaklumkan pertambahan sebanyak 17 lagi kluster baharu dilaporkan.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Sukan

Perak FC dalam intaian Datuk Seri Vida

DSV terbuka hati untuk menjadi pemilik pasukan Perak FC. Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan adalah antara perkara yang masih di dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang. Tambah beliau, "Saya masih mengkaji perbelanjaan […]

today21/05/2021 782 1

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%