music_note

Featured

Perincian PKP 3.0 diumumkan pada Sabtu 22 Mei 2021

today21/05/2021 3

Background
share close

Bagi tujuan mengekang kenaikan kes Covid-19, kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat telah sebulat suara memutuskan PKP 3.0 melibatkan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial. Perincian berkenaan sekatan tambahan PKP 3.0 akan diumumkan pada Sabtu 22 Mei 2021.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan “Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19. Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021”. Ujar kenyataan itu lagi, sidang khas itu diadakan bagi meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status terkini kes COVID-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

“Sidang khas ini juga membincangkan status pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.” Pada 10 Mei lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP pelaksanaan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19. Ia adalah sebagai langkah progresif kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Highlights

Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan penafian mesej yang sedang tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. MKN menerusi Telegram telah meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu. MKN pada Jumaat berkata "Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi". Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, […]

today21/05/2021 4

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%