music_note

Covid 19

PKP 3.0 Operasi perniagaan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja

today22/05/2021 338

Background
share close

Kerajaan pada hari ini memutuskan untuk menghadkan waktu operasi perniagaan di seluruh negara mulai 25 Mei ini hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penguatkuasaan itu melibatkan seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan. Selain itu, kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun turut dibenarkan beroperasi hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Menurut Ismail Sabri lagi, kedai farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam, sementara pasar malam pula dibenarkan beroperasi dari jam 4 petang sehingga 8 malam. Bagi stesen minyak kecuali stesen minyak di lebuh raya pula hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Covid-19 (22 Mei 2021) 6,320 kes baharu direkodkan

Menjelang perlaksanaan PKP 3.0, Malaysia terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi. Sebanyak 6,320 kes baharu COVID-19 direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 505,115 kes. Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 50 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 2,199 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara […]

today22/05/2021 192

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%