music_note

Hiburan

Siti Nurhaliza, Datuk K dikompaun RM10,000

today27/05/2021 600

Background
share close

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka pada awal Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal. Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun ialah tiga lagi anak Datuk K.

Sebelum ini, ramai netizen telah mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh Siti bahkan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

COVID-19 (26 Mei 2021) Kes baharu tertinggi 7,478

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 533,367 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Sarawak dengan 640 kes. Sehingga 26 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 7,478 […]

today26/05/2021 46

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%