music_note

Covid 19

COVID-19 (26 Mei 2021) Kes baharu tertinggi 7,478

today26/05/2021 47

Background
share close

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 533,367 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Sarawak dengan 640 kes.

Sehingga 26 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 7,478 kes (533,367 kes). Berikut ialah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):

  • Selangor – 2,455 (174,775)
  • Sabah – 229 (61,057)
  • Johor – 587 (55,682)
  • WPKL – 760 (55,471)
  • Sarawak – 640 (43,966)
  • Pulau Pinang – 420 (26,919)
  • Kelantan – 547 (23,969)
  • Negeri Sembilan – 370 (23,813)
  • Perak – 264 (19,262)
  • Kedah – 542 (16,570)
  • Melaka – 230 (10,578)
  • Pahang – 171 (8,411)
  • Terengganu – 177 (7,675)
  • WP Labuan – 49 (2,994)
  • WP Putrajaya – 29 (1,766)
  • Perlis – 8 (459)

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

Tempahan vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu)

Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan diberikan kepada warga emas selama 2 hari pertama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu. […]

today25/05/2021 51

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%