music_note

Covid 19

Tempahan vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu)

today25/05/2021 51

Background
share close

Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan diberikan kepada warga emas selama 2 hari pertama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu.

Khairy berkata, angka itu membuktikan kadar vaksinasi negara telah mula mencatatkan peningkatan. Tambah beliau lagi “Kita jangkakan kadar ini akan meningkat untuk kita capai sasaran pada bulan Jun iaitu 150,000 dos sehari.”

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Featured

Netizen bertindak, Instagram Neelofa berkurang

Selebriti terkenal, Neelofa terus menjadi bualan hangat di kalangan netizen. Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang didakwa beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP. Neelofa turut dikecam teruk oleh netizen di media sosial. Tidak cukup dengan itu, tindakan 'unfollow' akaun media sosial Neelofa turut menjadi kesan terbaharu tindakan netizan. Angka terkini menunjukkan jumlah pengikut Neelofa di laman popular instagram miliknya telah berkurang berbanding […]

today25/05/2021 1508

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%