
Radio Zamburger
Bagaikan bulan jatuh ke riba dan rezeki tergolek. Itulah ungkapan buat anak usahawan peniaga Zamburger yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Wang tunai RM1,000 dan penginapan di mana-mana cawangan Hotel Zamburger termasuk cawangan di Bali pada kadar hanya RM10 satu malam, itulah buah tangan istimewa daripada Zamsaham buat usahawan Zamburger. Menerusi hantaran di facebook Zamsaham, hadiah tersebut telah di berikan kepada dua penerima yang telah […]
Seminggu selepas perlaksanaan Total Lockdown, Malaysia masih mencatatkan bilangan kes harian 4 digit. Pada hari ini (8 Jun), Malaysia mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 5,566 kes, meningkat sedikit berbanding 5,271 kes berbanding Isnin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,524 kes adalah dari Selangor, diikuti Sarawak (707) dan Negeri Sembilan (505). Berikut ialah pecahan kes pada hari ini mengikut negeri (Kumulatif):Selangor - 1,524 […]
Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia pada hari ini menyaksikan penurunan kepada 7,748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8,209 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya pada hari ini berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat Jumaat adalah sebanyak 603,122 kes. Selangor terus kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,612 kes. Berikut ialah pecahan kes […]
today04/06/2021 79 1
Sehari sebelum "Lockdown Malaysia" Selangor terus mencatatkan bilangan jumlah kes positif COVID-19 tertinggi. 31 Mei 2021, jumlah kes yang dicatatkan ialah 8,824 kes, berkurang daripada 6,999 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 4 catatan kes tertinggi data harian COVID-19 ialah, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Kelantan (695), Sarawak (654) dan Johor (489). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,111 (186,926) Sabah - […]
Kerajaan Sarawak akan mengkaji terlebih dahulu garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa 1 Jun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Embas kepada Astro AWANI. Menurut Uggah, persoalan sama ada Sarawak akan turut melaksanakan ‘total lockdown’ akan ditentukan kelak. Tambah Unggah, “Kita akan […]
Menjelang 'Total Lockdown', dan beberapa hari selepas PKP 3.0, jumlah kes Covid-19 di Malaysia masih belum reda. Pada hari ini (29 Mei 2021), Malaysia terus merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,836 kes. Ia diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898) dan Kuala […]
Sarawak akan kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 Mei 2021. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berpendapat "Sarawak berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi". Semalam Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh […]
Copyright 2022 oleh Radio Zamburger