music_note

News

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Khamis (13 Mei)

today12/05/2021 1488 1

Background
share close

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis iaitu 13 Mei 2021. Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad jam 8 malam Selasa.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei sehingga 7 Jun, 2021.

Written by: Radio Zamburger

Rate it

Previous post

Covid 19

PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun

Berikutan pertambahan jumlah kes COVID-19 dalam negara, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19. Tambah Perdana Menteri, "Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas […]

today11/05/2021 179

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


0%