music_note

Blog masonry

Background

Covid 19

Tempahan vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu)

Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan diberikan kepada warga emas selama 2 hari pertama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu. Khairy berkata, angka itu membuktikan kadar vaksinasi negara telah mula […]

today25/05/2021 61

Featured

Netizen bertindak, Instagram Neelofa berkurang

Selebriti terkenal, Neelofa terus menjadi bualan hangat di kalangan netizen. Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang didakwa beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP. Neelofa turut dikecam teruk oleh netizen di media sosial. Tidak cukup dengan itu, tindakan 'unfollow' akaun media sosial Neelofa turut menjadi kesan terbaharu tindakan netizan. Angka terkini menunjukkan jumlah pengikut Neelofa di laman popular instagram miliknya telah berkurang berbanding sebelumnya. Media sosial sebelum ini kecoh apabila Neelofa dan suami […]

today25/05/2021 1648

Bisnes

Alibaba disiasat, Jack Ma menghilang seketika

Jutawan terkenal dari China, yang juga pengasas syarikat gergasi e-dagang Alibaba, Jack Ma dilaporkan meletak jawatan sebagai presiden sekolah perniagaan elit yang dibangunkannya. Laporan Financial Times (FT) menyebut, tindakan terhadap jutawan itu susulan operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu. Baru-baru ini, Jack Ma dilaporkan menghilangkan diri dari pandangan masyarakat sejak syarikat Alibaba disiasat dan didenda oleh pengawal selia kerana didakwa mengamalkan monopoli.

today25/05/2021 274

Highlights

LRT bertembung, Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas

Susulan insiden LRT berhampiran stesen KLCC malam tadi, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya itu. Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu. Tambah beliau "Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan berasa sedih dengan kemalangan ini. Beliau juga memaklumkan, Prasarana sedang […]

today25/05/2021 383

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan munasabah. Penggunaan (aplikasi) MySejahtera hendaklah diutamakan […]

today25/05/2021 235 1

Highlights

Maksimum 2 jam sahaja dibenarkan di pusat beli-belah bermula 25 Mei 2021

Bermula 25 Mei 2021 (Selasa), pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dihadkan tempoh masa selama maksimum dua jam sahaja berada di dalam premis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu dibuat selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sektor perdagangan pengedaran yang diperketatkan, berkuat kuasa Selasa ini. Menurut beliau, semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa […]

today23/05/2021 158

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 kluster baharu direkodkan dengan enam daripadanya melibatkan kluster keagamaan.

today23/05/2021 128

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): KKM kesan 24 kluster baharu

Menjelang PKP 3.0, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan: Kluster Jarum LautMelibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.Kluster Taman MajupaduMelibatkan daerah Tangkak, Johor.Kluster Parit Dato OnnMelibatkan daerah Pontian, Johor.Kluster Jalan Kempas DuaMelibatkan daerah Muar, Johor.Kluster Jalan Perindustrian LimaMelibatkan daerah Muar, Johor.Kluster […]

today23/05/2021 195

Highlights

PM saran rakyat amalkan lockdown kendiri

Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau 'self-lockdown' untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19. Kebelakangan ini, jangkitan Covid-19 menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.Perdana Menteri juga menasihati orang ramai supaya mengingatkan yang lain untuk berbuat perkara yang sama kerana apapun usaha yang dibuat kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tambah Perdana Menteri lagi, walau […]

today23/05/2021 83

0%