music_note

Blog one column

Background

Highlights

Tiada penganjuran rumah terbuka raya di Sabah

Sabah tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis hari raya dan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, aktiviti ziarah-menziarahi adalah dibenarkan bagi hari raya pertama sehingga ketiga, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang ditetapkan ialah sesi ziarah hari raya dihadkan dari jam 9 pagi hingga 9 malam (2 jam untuk setiap 10 orang).

today12/05/2021 1113 1

News

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Khamis (13 Mei)

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis iaitu 13 Mei 2021. Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad jam 8 malam Selasa. Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 […]

today12/05/2021 1524 1

Covid 19

PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun

Berikutan pertambahan jumlah kes COVID-19 dalam negara, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19. Tambah Perdana Menteri, "Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas […]

today11/05/2021 181

Highlights

Bonus Hari Raya: Bos Zam hadiahkan RM2,000 buat Kelantan FC

Alhamdulillah, semua staff dan pemain Kelantan FC bakal menerima bonus Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM2,000. Makluman tersebut telah dikongsikan di laman media sosial rasmi TRW Kelantan FC yang memaklumkan, "Pemilik Kelantan FC telah berbesar hati untuk memberi bonus RM2,000 Hari Raya Aidilfitri. RM1,000 dibayar sebelum dan RM1,000 dibayar selepas hari raya". Walaupun sibuk dengan tugasan di Indonesia selepas mengambil alih kelab bolasepak PSPS Riau (The Riau Warriors), berita baik ini […]

today10/05/2021 745 2 2

Covid 19

COVID-19 [10 Mei]: 3,807 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi

Setakat 10 Mei 2021, sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 telah direkodkan di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif setakat hari ini ialah sebanyak 444,484 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329). Sehingga 10 Mei 2021, berikut ialah pecahan jumlah kes COVID-19 mengikut negeri (kumulatif). Selangor - 1,149 (144,419)Sabah - 96 (58,953)Johor - 257 […]

today10/05/2021 46 2

Covid 19

Covid-19 [10 Mei] : 106 kluster baharu dikesan

Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini adalah berjumlah 1,775 kes. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba "Setakat ini, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK." Menurut beliau lagi, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya. Pecahan daripada 106 kluster […]

today10/05/2021 33

News

Pulau Pinang benarkan aktiviti keagamaan

Berita baik kepada muslimin muslimat di Pulau Pinang. Aidilfitri kali ini pasti akan lebih bermakna. Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang termasuk solat Jumaat bagi kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah dibenarkan. Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Zakuan Zakaria berkata, satu garis panduan telah dikeluarkan dan ia berkuat kuasa bermula Isnin […]

today10/05/2021 406

News

PDRM tidak kenakan kompaun sesuka hati

Alsan tidak kukuh, PDRM beri amaran secara berhemah. Terbaharu, pihak polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah untuk merentas daerah/negeri. Antara taktik yang digunakan adalah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri. Selain itu, terdapat juga pengguna yang cuba merentas daerah/negeri tanpa surat kebenaran. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan […]

today10/05/2021 213

News

Tiada takbir raya dari rumah ke rumah di Perak

Menjelang syawal nanti, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menasihatkan agar orang ramai terus mematuhi S.O.P. PKP. Larangan melakukan takbir raya dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan. Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan bahawa takbir raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di seluruh negeri. Bagaimanapun, takbir raya di semua […]

today10/05/2021 1027

0%