music_note

Info Semasa

29 Results / Page 2 of 4

Background

Covid 19

Total Lockdown bermula 1 Jun

Kerajaan pada hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara […]

today28/05/2021 96 2

Covid 19

Covid-19 (27 Mei 2021) Malaysia terus catat kes tertinggi

Malaysia terus mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,857 pada hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 541,224.Daripada jumlah kes yang direkodkan, 2,675 dikesan di Selangor diikuti Kelantan (754) dan Sarawak (772).Berikut ialah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):Selangor - 2,675 (177,450)Sabah - 217 (61,274)Johor - 549 (56,231)WPKL - 561 […]

today27/05/2021 186

Covid 19

COVID-19 (26 Mei 2021) Kes baharu tertinggi 7,478

Malaysia sekali lagi mencatat kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 7,478 kes direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 533,367 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,455 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 760 kes dan Sarawak dengan 640 kes. Sehingga 26 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 7,478 […]

today26/05/2021 47

Covid 19

Tempahan vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu)

Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca bemula 26 Mei (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keutamaan diberikan kepada warga emas selama 2 hari pertama. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu. […]

today25/05/2021 51

Highlights

LRT bertembung, Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan khas

Susulan insiden LRT berhampiran stesen KLCC malam tadi, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya itu. Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu. Tambah beliau "Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan […]

today25/05/2021 322

Covid 19

Sarawak laksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula 25 Mei 2021

Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan tambahan bermula hari ini sehingga 7 Jun sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kawalan tambahan itu termasuklah mengehadkan hanya tiga orang dalam kenderaan persendirian, manakala perkhidmatan pengangkutan dibenar beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti penumpang. Tambah kenyataan tersebut, "Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar keluar ke kawasan awam, terbuka […]

today25/05/2021 163 1

Highlights

Maksimum 2 jam sahaja dibenarkan di pusat beli-belah bermula 25 Mei 2021

Bermula 25 Mei 2021 (Selasa), pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah akan dihadkan tempoh masa selama maksimum dua jam sahaja berada di dalam premis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan itu dibuat selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sektor perdagangan pengedaran yang diperketatkan, berkuat kuasa Selasa ini. Menurut beliau, semua premis peruncitan […]

today23/05/2021 154

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): Selangor kekal catat kes tertinggi

Selangor terus kekal mencatatkan bilangan jangkitan baharu tertinggi pada hari ini dengan 2,235 kes atau 32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Sarawak sebanyak 663 kes baharu, Kelantan (626) dan Johor (549). Dalam perkembangan sama, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 512,091 kes. Sebanyak 49 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu selain 24 […]

today23/05/2021 119

Covid 19

COVID-19 (23 Mei 2021): KKM kesan 24 kluster baharu

Menjelang PKP 3.0, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan: Kluster Jarum LautMelibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.Kluster Taman MajupaduMelibatkan daerah Tangkak, Johor.Kluster Parit Dato OnnMelibatkan daerah Pontian, Johor.Kluster Jalan Kempas […]

today23/05/2021 184

0%