music_note

covid19

33 Results / Page 4 of 4

Background

Covid 19

UTM Skudai dikenakan PKPD bermula 21 Mei 2021

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD). Terbaharu menerusi sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan bermula pada 21 Mei hingga 3 Jun. Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD itu dibuat setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambah beliau lagi, "Sehingga kini, […]

today19/05/2021 434

Covid 19

COVID-19 (19 Mei 2021) Kes harian tertinggi direkodkan

Malaysia pada hari ini merekodkan 6,075 kes COVID-19, menjadikan ia jumlah tertinggi direkodkan semenjak pandemik itu bermula pada tahun lalu. Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun twitternya, memaklumkan bahawa Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti dengan Johor; 699 kes, Kuala Lumpur; 660 kes, Kelantan ; 441 kes, dan Sarawak; 323 kes. Berikut ialah pecahan kes pada 19 Mei […]

today19/05/2021 213

Covid 19

PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun

Berikutan pertambahan jumlah kes COVID-19 dalam negara, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19. Tambah Perdana Menteri, "Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas […]

today11/05/2021 180

Covid 19

COVID-19 [10 Mei]: 3,807 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi

Setakat 10 Mei 2021, sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 telah direkodkan di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif setakat hari ini ialah sebanyak 444,484 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,149 kes diikuti Sarawak (649) dan Kelantan (329). Sehingga 10 Mei 2021, berikut ialah pecahan jumlah kes COVID-19 mengikut negeri (kumulatif). Selangor - 1,149 (144,419)Sabah - 96 (58,953)Johor - 257 […]

today10/05/2021 45 2

Covid 19

Covid-19 [10 Mei] : 106 kluster baharu dikesan

Sebanyak 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini adalah berjumlah 1,775 kes. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba "Setakat ini, sebanyak 429 kluster masih aktif di dalam negara sementara 72 kluster ditamatkan pada minggu ke-18 PICK." Menurut beliau lagi, terdapat peningkatan 67 peratus kluster ditamatkan pada minggu ke-18 berbanding minggu sebelumnya. Pecahan daripada 106 kluster […]

today10/05/2021 32

Covid 19

Orang ramai disaran lakukan PKP kendiri

Kementerian menyarankan agar orang ramai untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP kendiri boleh dilakukan dengan hanya duduk di rumah dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tambah Dr Noor Hisham lagi, "Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan yang lain." […]

today10/05/2021 154

No more entries

0%